second chance

assalamualaikum wbt ... :)

peluang kedua ... kebanyakan orang yang da buat silap dan ingin berubah pastinye inginkan peluang kedua bagi menebus kesilapan masing2 ... bagi yang pemberi peluang , sanggopkah anda ..? semuanya bergantung pada HATI ... jika hati masih lagi menyayangi  dan memerlukan kehadirannya pasti peluang kedua akan diberikan ... tetapi apabila HATI sudah terlalu sakit , sudah nekad tidak memerlukannya lagi , pasti akan terus pandang ke depan dan sedikit pon tidak akan menoleh ke belakang ... semuanya terletak pada HATI ..:)

bagaimana pula aku ..? adakah aku mudah untuk memberikan peluang kedua ..? jawapannya ,YA ... aku mempunyai hati yang rapuh .. sekuat mane aku ingin mengatakan aku benci , sedikit pon tidak bermaksod dalam hati .. semuanya hanya bermain di mulut ... peluang kedua sudah diberikan ... disebabkan hati ini masih lagi sayang dan memerlukan kehadirannya dalam hidup .. 

tapi bila diingat kembali segala kesalahannya , hati sakit tuhan jee yang tau ... 3BULAN ..  tempoh yang sangat lame bagi penipuan dalam perhubungan ... cinta yang diberikan adalah palsu ... sekadar menjaga hati ... sepenuh hati sudah diberikan ... tapi balasan yang aku dapat tidak setimpal dengan apa yang aku beri ... aku mula mengorak langkah untuk pergi meninggalkannya ... tanpa sedikit pon menoleh ke belakang walaupun segalanya pahit bak hempedu ... terpaksa ku telan ... memandang wajahnya setiap hari cukup membuatkan aku ingin lari sejauh2nyaa ... jaoh dari segala kenangan bersamanya ... setiap tempat mempunyai kenangan kami yang tersendiri ... lalu aku pergi membawa hati bersama sahabat yang sentiasa memahami ... ketawaku , senyumanku tidak sama seperti dulu ... walaupun aku cuba sedaya upaya untuk menutup segala kedukaan dengan gelak ketawa tetapi ianya tetap terpancar di mataku ... bila keseorangan pastinya terasa pedih di hati dan air mata mula mengalir membanjiri wajah dan hatiku ... segalanya mendung ... tiada semangat ... aku ingin lari sejauh2nya .. tetapi tidak berdaya ....

12.3.2013 ... kami membuat keputusan untuk pergi ke pantai morib bagi menyelesaikan segalanya yang masih tergantung ... tanpa noktah ... bersama menikmati pemandangan matahari terbenam tanpa ada sebarang perbualan ... masing2 menahan perasaan dan cuba menyembunyikan segalanya ... apabila dia berada di hadapanku , ku tundukkan wajah kerana aku tidak sanggup menatap wajahnya ... aku tidak kuat ... walaupun ketika itu air mataku ingin gugur apabila terpandang wajah yang sangat aku rindui ... terasa ingin aku berlari dan memeluknya ... tetapi ego menghalang segalanya ... kami mula berbual mengenai masalah yang berlaku ... kami ungkapkan segalanya yang terbuku di hati ... akhirnya air mataku gugur bersama matahari yang terbenam yang seakan akan tidak ingin melihat kami begitu ... segalanya diluahkan ... perit hatiku tidak terkata ... air mata laju mengalir tanpa ditahan ... tangannya ingin mengusap air mataku tetapi segera ku tepis kerana bagiku aku tidak memerlukan tangan itu lagi ... aku ingin melupakan segalanya ... dia kecewa melihat reaksiku ... dia menjelaskan segalanya ... aku menangis dan terus menangis ... aku menolaknya ... demi menjaga egoku ... dia berusaha dan pertama kali dia menangis di hadapanku ... dia kata dia tidak boleh hidup tanpaku ... hidupnya kosong .. dia rindukanku ... terasa inginku ku menjerit dan mengatakan aku juga merinduinya ... dia kembali memujukkan dan meminta aku memberikan dia peluang kedua ... jika dia tidak dapat berubah  dia ingin pergi dariku utk selama2nya ... aku berfikir .. sanggupkan aku hidup tanpanya..? benarkah sayangku sudah hilang ..? tidakk ... itu semua dusta ... lalu aku raih tangannya dan mengatakan aku ingin memberikannya peluang kedua ... dia menangis teresak2 ... aku sebak melihatnya begitu ... aku sangat berharap dia akan menggunakan peluang ini sebaik2nya .... kenangan di PANTAI MORIB tidak aku lupakan sampai bila2 ... :')

kini kami kembali menganyam cinta yang terputus seketika ... moga hubungan ini disusulikan dgn kejujuran sepenuhnyaa ... semoga kekal hingga ke syurga yang abadi .... 




full of love ... FAIRUS







Photobucket

No comments :